PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini.
Menerusi hantaran di media sosial, Siti Nurhaliza menulis, “Innalillahi wainnailaihi raji’un… Al-Fatihah.”
Tun Dr. Siti Hasmah, 100, meninggal dunia pada kira-kira pukul 9.20 pagi ini. Berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Memuatkan artikel berkaitan…
Allahyarhamah merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta antara doktor wanita Melayu terawal di Malaysia.










