AS pertimbang ‘serang’ Cuba - Utusan Malaysia

AS pertimbang ‘serang’ Cuba

KENDERAAN bergerak di sepanjang jalan dengan lampu isyarat tidak berfungsi akibat gangguan bekalan elektrik di Havana, Cuba. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan penempatan unit perubatan, logistik dan polis tentera ketika Jabatan Pertahanan atau lebih dikenali sebagai Pentagon mengekalkan perancangan bagi kemungkinan tindakan ketenteraan di Cuba, menurut laporan eksklusif rangkaian penyiaran CBS News.

Menurut laporan eksklusif CBS News, Tentera Darat AS dilaporkan mengambil langkah persediaan bagi kemungkinan operasi membabitkan Cuba selepas rangkaian itu memperoleh mesej dalaman dan bercakap dengan beberapa pegawai AS yang mengetahui mengenai perancangan berkenaan.

Pasukan Simpanan Tentera Darat AS sedang menilai sama ada ia mampu menyediakan Markas Selatan AS (SOUTHCOM) dengan pasukan polis tentera, kakitangan perubatan dan unit sokongan lain dalam tempoh 90 hingga 120 hari, menurut dokumen yang diteliti CBS News.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mesej dalaman itu tidak menyebut Cuba secara khusus. Bagaimanapun, beberapa pegawai AS memberitahu rangkaian itu, permintaan berkenaan adalah sebahagian daripada perancangan ketenteraan yang sedang dijalankan AS berkaitan pulau berkenaan.

Buat masa ini, tiada petunjuk mana-mana unit diarah untuk dikerahkan dan dokumen itu juga tidak menyatakan ke mana pasukan berkenaan akan dihantar atau jenis operasi yang akan mereka sertai.

Menurut rangkaian AS itu, dokumen berkenaan meminta maklumat mengenai ketersediaan enam jenis unit yang boleh diletakkan di bawah kawalan SOUTHCOM. 

Laporan itu dibuat selepas ketegangan dan ancaman yang semakin meningkat daripada Presiden AS, Donald Trump, yang pada minggu ini memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cuba ialah ‘negara gagal dan bakal tumbang’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×