10,000 tan ikan hadapi Monsun Timur Laut

10,000 tan ikan hadapi Monsun Timur Laut

ABDUL SALIM Tajudin menunjukkan antara ikan segar yang dijual ketika melawat gerai sempena program Bazaar Himpunan Pemasar Ikan dan Hasil Akuakultur (BAHTERA) di Dataran Temerloh di Temerloh, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan kira-kira 10,000 tan metrik stok ikan bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula Oktober ini hingga Februari tahun depan.

Ketua Pengarah LKIM, Datuk Dr. Abdul Salim Tajudin berkata, persediaan itu dibuat bagi memastikan bekalan ikan negara kekal mencukupi jika berlaku pengurangan pendaratan hasil laut sepanjang musim berkenaan.

Katanya, daripada jumlah itu, kira-kira 300 tan metrik adalah stok LKIM manakala 9,700 tan metrik lagi disediakan menerusi kerjasama syarikat dalam industri berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita memang sudah bersedia. Jika berlaku kekurangan ikan, stok dikeluarkan bagi memastikan keperluan pengguna dapat dipenuhi. Setakat ini, isu bekalan ikan tidak timbul dan stok memang mencukupi,” katanya selepas merasmikan program Bazaar Himpunan Pemasar Ikan dan Hasil Akuakultur (BAHTERA) di Dataran Temerloh di sini, hari ini.

Abdul Salim berkata, LKIM turut membuat persediaan awal ketika pendaratan ikan meningkat dengan menyimpan stok untuk digunakan ketika musim tengkujuh.

Menurutnya, kadar sara diri (SSR) ikan negara juga melebihi 90 peratus sekali gus menunjukkan bekalan berada pada tahap baik.

Mengulas tentang BAHTERA, beliau berkata, Temerloh menjadi lokasi pertama penganjuran program berkenaan yang menghimpunkan usahawan dalam rantaian pemasaran ikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×