SEREMBAN: Punca kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, Muhammad Idlan Fareeq Shahril masih belum dapat ditentukan selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini hari ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, bedah siasat terhadap mangsa dijalankan bermula pukul 10.30 pagi hingga 3 petang oleh Pakar Patologi Forensik HTJ, Dr. Akma Nurain Fairuz Mahamad Arif.
“Berdasarkan hasil bedah siasat, punca kematian masih belum dapat ditentukan pada masa ini dan pihak hospital masih menunggu keputusan ujian lanjutan,” katanya.
Sementara itu, Alzafny berkata, permohonan reman berkaitan kes berkenaan telah dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini di hadapan Majistret Nabilah Nizam.
“Reman enam hari bermula hari ini,” ujarnya. – UTUSAN











