Tokoh filem negara L. Krishnan meninggal dunia

Tokoh filem negara L. Krishnan meninggal dunia

L. KRISHNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tokoh perfileman negara dan penerima Anugerah Merdeka 2016 Tan Sri L. Krishnan, yang banyak menyumbang kepada perkembangan awal industri filem Melayu, meninggal dunia di Chiang Mai, Thailand semalam pada usia 104 tahun.

Pemergian tokoh itu, yang turut dikenali sebagai antara perintis industri filem Melayu, disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh Yayasan Artis Veteran Malaysia kepada beliau, Azmir berkata mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 petang waktu tempatan akibat sakit tua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau telah lama bermastautin di Thailand selepas berkahwin dengan isterinya yang merupakan warga Thailand. Urusan pengebumian mendiang kini dalam proses,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Krishnan sebelum ini menerima Anugerah Merdeka 2016 dalam kategori Sumbangan Luar Biasa kepada Pendidikan dan Komuniti atas jasa beliau yang meletakkan asas industri filem moden Malaysia serta peranan pentingnya membangunkan bakat lakonan awal, termasuk ikon filem negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×