Alex Yoong ubah cara Taj Izrin berlumba

Alex Yoong ubah cara Taj Izrin berlumba

TAJ Izrin Aiman Taj Madira (tengah) menerima durian runtuh sebanyak RM20,000 daripada Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Emas E-Racing Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bukan sekadar hasil kepantasan Taj Izrin Aiman Taj Madira mengendalikan simulator, sebaliknya turut dipengaruhi pendekatan baharu yang diterapkan jurulatihnya, bekas pelumba Formula Satu (F1) negara, Alex Yoong.

Taj Izrin berkata, Alex banyak menekankan aspek kawalan emosi termasuk teknik pernafasan dan keupayaan mengekalkan ketenangan ketika kedudukan perlumbaan mula terjejas.

Pelumba berusia 27 tahun itu berkata, nasihat berkenaan menjadi penting apabila dia beberapa kali jatuh ke kedudukan keempat dan kelima ketika bersaing dengan pelumba dari Jepun, Indonesia serta Arab Saudi.

“Ada masa kami jatuh ke P4 atau P5, tetapi saya rasa sebab kami kekal tenang. Alex selalu pesan supaya jangan fikir terlalu banyak, buat teknik pernafasan dan bertenang.

“Itu antara perkara yang saya bawa dari separuh akhir hingga final, iaitu kekal tenang dalam apa juga keadaan,” katanya.

Pendekatan tersebut turut membantu Taj Izrin mengurus tekanan ketika berdepan pencabar berpengalaman, termasuk pelumba yang pernah beraksi di kejohanan dunia, dalam saingan yang menuntut ketepatan teknikal dan kawalan mental.

Pengalaman menyertai perlumbaan sebenar serta kejohanan dunia sebelum ini juga menjadi bekalan buatnya untuk menyesuaikan diri dengan tekanan lebih tinggi di pentas Sukan Asia.

“Tekanan memang ada, terutama di Sukan Asia. Tetapi saya pernah masuk perlumbaan sebenar dan Siri Dunia, jadi pengalaman itu membantu saya mengekalkan fokus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×