Banjir Nepal: Keluarga mangsa terbeban masalah kewangan

Banjir Nepal: Keluarga mangsa terbeban masalah kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebahagian daripada keluarga dan waris rakyat Malaysia yang menjadi mangsa banjir besar di Nepal kini berdepan isu kewangan kerana tragedi itu juga menyebabkan mereka hilang tempat bergantung.

Ini kerana majoriti daripada 55 rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi pada 26 Ogos lalu itu merupakan pencari nafkah utama buat keluarga masing-masing.

Sehubungan itu, ahli keluarga yang terlibat meminta pihak kerajaan melakukan sesuatu bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Menantu kepada mangsa tragedi banjir kilat, M. Subramaniam, 38, berkata, bapa mentuanya V. Krishnan juga merupakan salah seorang mangsa tragedi tersebut yang kini belum ditemui selepas menyertai kumpulan pelancongan ke Gunung Kailash.

“Kebanyakan keluarga mangsa terjejas dari segi kewangan kerana majoriti daripada mangsa merupakan pencari nafkah.

”Setakat ini tiada sebarang bantuan diterima dan kami kini menanggung segalanya sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Subramaniam dalam pada itu berkata, setakat ini pihak keluarganya belum menerima sebarang sumbangan atau bantuan daripada mana-mana pihak.

Dalam pada itu jelasnya, pertemuan waris terdekat bersama Wisma Putra akan akan diadakan di Putrajaya pada 27 September bagi mendapatkan perkembangan terkini daripada pihak berkenaan.

“Hanya dua ahli keluarga dibenarkan menghadiri pertemuan tersebut. Pertemuan itu diwakili oleh dua orang, iaitu isteri saya dan kakak kepada isteri saya,.

“Kami pihak keluarga mangsa masih menunggu dengan penuh harapan. Namun, ia lebih kepada mencari penutup kisah kerana pengenalpastian DNA sahaja pilihan yang tinggal ketika ini,” katanya.
Menurut kerajaan Nepal, banjir dan aliran puing pada 26 Ogos yang dicetuskan oleh runtuhan ais dan batu di kawasan tadahan hulu Lhende Khola di Tibet telah mengorbankan 1,451 orang.

Kira-kira 5,700 orang, termasuk lebih 600 warga asing juga masih hilang di Nepal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×