Pendaftaran PN dibatal?

Pendaftaran PN dibatal?

PN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan dibatal pendaftaran apabila gabungan itu menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Notis itu bertujuan agar PN memberikan penjelasan mengapa gabungan parti itu tidak patut dibatalkan dalam tempoh 30 hari.

Ia dipercayai berkaitan aduan Bersatu sebelum ini antaranya berkaitan dakwaan parti itu tidak dibabitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan isu status keanggotaannya dalam gabungan itu.

Satu sumber mengesahkan, notis berkenaan sudah dimaklumkan kepada Pengerusi PN, Setiausaha Agung PN dan semua parti komponen PN, semalam.

“Ya saya sahkan perkara itu tepat namun tidak pasti kepada siapa notis berkenaan diserahkan ROS, sama ada pengerusi atau SUA.

“Saya dimaklumkan SUA juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini,” katanya di sini hari ini.

Notis itu difahamkan berkaitan beberapa parti komponen PN turut menerima arahan supaya tidak menggunakan logo gabungan itu dalam sebarang aktiviti sehingga Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan muktamad.

Difahamkan, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan agensi itu.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut meminta RoS membuat keputusan segera terhadap aduan yang dikemukakan parti itu, termasuk dakwaan lapan perkara yang didakwa dilanggar pimpinan PN.

Katanya, lapan perkara utama dikemukakan yang didakwa telah dilanggar oleh PN.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×