PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan semula kira-kira 10,000 bendera yang pernah digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan bagi menghadapi PRN Melaka.
Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata bendera berkenaan kini dihantar ke pusat operasi untuk digunakan semula susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
“Pusat operasi kami menerima kira-kira 10,000 bendera Pakatan Harapan yang boleh digunakan semula.
“Bendera ini sebelum ini digunakan dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan, dan kini diteruskan penggunaannya di Melaka,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.
PH Melaka berkata, langkah berkenaan bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran, malah membantu menjaga alam sekitar.
“Kami mungkin tidak sekaya parti lain, tetapi kita boleh kurangkan pembaziran dan jaga alam sekitar.
“Guna semula, kurangkan pembaziran,” katanya.-UTUSAN











