Kediaman Najib masih sunyi meskipun memasuki hari keenam

Kediaman Najib masih sunyi meskipun memasuki hari keenam

KEDIAMAN Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang pergerakan keluar masuk dikesan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, hari ini, meskipun perkembangan berkaitan pengampunan bersyarat itu sudah memasuki hari keenam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa petugas media tempatan dan antarabangsa kekal berkampung di perkarangan kediaman berkenaan sehingga hari ini bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Bagaimanapun, jumlah pengamal media yang berada di lokasi itu kini tidak lagi seramai ketika perkembangan berkenaan mula diumumkan pada Jumaat lalu.

Suasana di hadapan kediaman berkenaan juga kelihatan tenang setakat pukul 2.45 petang tadi.

Cuaca panas terik turut dilihat tidak menghalang petugas media yang masih berada di lokasi daripada terus menunggu perkembangan terbaharu berkaitan kepulangan Najib ke kediaman tersebut.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Najib dijangka menjalani baki hukuman penjara di kediaman­nya di Langgak Duta, se­ca­ra ber­sendirian dengan ka­walan ke­tat Jabatan Penjara, termasuk la­watan keluarga yang dihadkan.

Peguam Datuk Hasnal ­Rezua Merican berkata, pemilihan lo­ka­si itu ekoran tiada ahli ke­luar­ga yang menetap di situ, maka lo­kasi berkenaan boleh dijadikan penjara, selain mengikut kri­teria ditetapkan Ketua Penga­rah Penjara.

Katanya, tahanan rumah tidak bermakna Najib bebas menjalani kehidupan seperti biasa kerana premis tersebut berfungsi sebagai tempat menjalani hukuman penjara, tertakluk kepada syarat dan kawalan yang ditetapkan.

Sementara itu, media kelmarin melaporkan tahanan dalam rumah ke atas Najib tidak dapat disahkan selagi bekas Perdana Menteri itu belum menjelaskan denda RM50 juta yang ditetapkan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, selagi bayaran denda tersebut belum dilunaskan, Najib akan terus ditahan di Penjara Kajang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×