Trio kata negara genggam gangsa

Trio kata negara genggam gangsa

Trio kata negara, Aiqal Asmadie, Haznil Henry dan Mukhriz Mazlan. - Ihsan MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad karate kata negara berjaya menyumbang satu lagi pingat buat negara apabila meraih gangsa dalam kata berpasukan lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Gandingan Aiqal Asmadie, Haznil Henry dan Mukhriz Mazlan menewaskan trio Vietnam yang dibarisi Giang Viet Anh, Pham Truong Giang dan Pham Minh Duc dengan keputusan 3-2 dalam aksi penentuan pingat gangsa di Gimnasium Toyohashi.

Hong Kong turut meraih gangsa apabila berjaya menundukkan Taiwan 3-2 dalam satu lagi aksi penentuan pingat gangsa.

Bagi penentuan aksi pingat emas bakal menyaksikan Macau bertemu Kuwait selepas ini.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memenangi acara kata menerusi Lim Chee Wei (individu) pada Sukan Asia Incheon 2014. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×