SEREMBAN: Sekitar kawasan Kediaman Rasmi dan Balai Undang Sungei Ujong di Ampangan, di sini mula dikawal oleh pihak polis.
Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi mendapati anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan berkenaan bagi mengawal keadaan.
Petugas media yang berada di lokasi malah turut diarahkan beredar dan tidak dibenarkan di pekarangan bangunan berkenaan.
Menurut sumber, Tunku Nadzaruddin Almarhum Tuanku Jaafar bersama Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Datuk Shahbandar Sungei Ujong berada di dalam kediaman berkenaan.-UTUSAN.











