Lelaki gantung diri selepas ibu enggan beri duit beli ganja

Lelaki gantung diri selepas ibu enggan beri duit beli ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTAYA: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditemui mati tergantung di bilik tidurnya di Nong Prue, Pattaya, awal pagi kelmarin selepas ibunya enggan memberikan 20 baht (RM2.45) untuk membeli ganja.

Pasukan penyelamat Sawang Boriboon Thammasathan Pattaya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.30 pagi sebelum bergegas ke rumah berkenaan bersama anggota Balai Polis Nong Prue.

Mangsa ditemukan tergantung di dalam bilik tidurnya, manakala peralatan untuk menghisap ganja turut dijumpai di tepi katil.

Ibunya yang berusia 49 tahun memberitahu polis anaknya mengalami kemurungan dan cenderung memikirkan sesuatu secara berlebihan.

Menurutnya, telefon bimbit anaknya juga rosak sejak kira-kira seminggu lalu, menyebabkab dia lebih mengasingkan diri berbanding kebiasaan.

Ibu mangsa berkata, anaknya pernah mengambil dadah sebelum ini, namun sudah berhenti dan menjalani pemulihan. Bagaimanapun, dia masih mengambil ganja.

Katanya, anaknya berada di dalam bilik tidur selama kira-kira dua hari sebelum ditemukan meninggal dunia. Kebiasaannya, lelaki itu akan keluar untuk mengambil makanan apabila ibunya pulang dari tempat kerja.

Sebelum berhenti bercakap dengan ibunya, mangsa sudah tiga kali meminta 20 baht untuk membeli ganja, namun permintaannya ditolak.

Ibunya berkata, anaknya kemudian berasa kecewa dan menuduhnya tidak menyayangi atau mengambil berat tentang dirinya.

Lelaki itu kemudiannya menjadi marah sebelum kembali mengurung diri di dalam biliknya.

Pada mulanya, wanita itu menyangka anaknya sedang tidur, namun mula berasa bimbang selepas tidak dapat menghubunginya selama kira-kira dua hari.

Selepas pulang dari tempat kerja pada hari mangsa ditemukan, wanita itu mendapati anaknya masih dalam keadaan sama dan meminta bantuan pasangannya untuk membuka pintu secara paksa sebelum mereka menemukan mangsa sudah meninggal dunia.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×