Gempa bumi magnitud 4.4 gegar perairan Batu Pahat

Gempa bumi magnitud 4.4 gegar perairan Batu Pahat

GEMPA bumi lemah bermagnitud 4.4 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada pukul 4.55 petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada pukul 4.55 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur.

Menurutnya, pusat gempa berkenaan terletak kira-kira 27 kilometer (km) barat daya dari Batu Pahat pada kedalaman 10km.

“Gegaran dirasai di Batu Pahat, Johor dan kawasan sekitarnya.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di media sosial mendapati gegaran gempa bumi itu dapat dirasai sehingga Lembah Klang. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×