Kehadiran dua SUV curi tumpuan pengamal media

Kehadiran dua SUV curi tumpuan pengamal media

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kehadiran dua kenderaan utiliti sukan (SUV) di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini mencuri tumpuan pengamal media yang berkampung di sini hari ini.

Dua buah kenderaan itu dilihat tiba kira-kira pukul 3.39 petang sebelum terus memasuki kediaman Najib.

Bagaimanapun, tujuan kehadiran kedua- dua kenderaan tidak dapat dipastikan. 

Media sebelum ini melaporkan sebuah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dilihat memasuki pintu hadapan kediaman bekas Perdana Menteri itu kira-kira pada 1.57 petang.

Kenderaan itu bagaimanapun dilihat keluar meninggalkan kediaman ini kira-kira pukul 2.15 petang.

Media semalam melaporkan lokasi sebenar tahanan dalam rumah ke atas Najib tidak dapat disahkan selagi bekas Perdana Menteri itu belum menjelaskan denda RM50 juta yang ditetapkan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, selagi bayaran denda tersebut belum dilunaskan, Najib akan terus ditahan di Penjara Kajang.

“Setakat ini, keluarga Datuk Seri Najib belum membayar denda. Selepas pembayaran dibuat, saya tidak boleh jangka secara tepat bilakah beliau akan dibawa pulang ke rumah.

“Prosedur operasi standard (SOP) tahanan rumah ke atas Najib akan diperinci oleh Jabatan Penjara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×