Pekerja Myanmar maut terjatuh dari tingkat 25

Pekerja Myanmar maut terjatuh dari tingkat 25

SEORANG pekerja warga Myanmar maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 25 di sebuah kawasan tapak pembinaan kondominium di Lorong Perak, Jelutong, petang semalam.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang warga Myanmar maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 25 di sebuah kawasan tapak pembinaan kondominium di Lorong Perak, Jelutong di sini, kira-kira pukul 6.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berusia 31 tahun dan merupakan pekerja di kawasan tapak pembinaan tersebut.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa sedang menjalankan kerja pemasangan papan di tingkat 25 sebelum dipercayai terjatuh dan ditemukan terbaring di tingkat 20,

”Hasil pemeriksaan terhadap tubuh mangsa dan tempat kejadian bagaimanapun mendapati, tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian berkenaan setakat ini,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Satu laporan mati mengejut (LMM) juga telah dibuka buat masa ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” ujar beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×