Ab. Rauf dijangka umum pembubaran DUN Melaka pukul 2 petang

Ab. Rauf dijangka umum pembubaran DUN Melaka pukul 2 petang

AB. RAUF YUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam satu sidang akhbar khas di Auditorium Seri Negeri, Blok Laksamana di sini, pukul 2 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi notis yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri yang mengundang para pengamal media.

Dalam jemputan itu, tiada butiran mengenai agenda atau perkara yang akan diumumkan Ab. Rauf.

Perkembangan itu mencetuskan spekulasi bahawa Ab. Rauf akan mengumumkan pembubaran DUN Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sekiranya pembubaran diumumkan, langkah seterusnya adalah proses penetapan tarikh pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut undang-undang berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×