Op Pedo 3.0: Guru antara 53 individu ditahan

Op Pedo 3.0: Guru antara 53 individu ditahan

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang guru antara 53 individu ditahan selepas terlibat dalam aktiviti berkaitan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) serta eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian.

Menerusi Op Pedo Bersepadu PDRM-SKMM 3.0 yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dari 14 hingga 16 September lalu turut menahan seorang pembantu makmal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, pemeriksaan awal terhadap peranti yang dirampas menemukan 653,193 fail digital, terdiri daripada 540,127 fail CSAM dan 113,066 fail pornografi dewasa.

Katanya, sebanyak 52 kertas siasatan dibuka dan siasatan dijalankan mengikut fakta serta keterangan setiap kes di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Imigresen 1959/63.

“Sebanyak 23 daripada 52 kertas siasatan telah dituduh di mahkamah manakala baki 29 masih dalam tindakan siasatan sehingga 21 September lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Katanya, kesemua suspek melibatkan aktiviti mengakses, memperoleh, memuat turun, memiliki dan menyimpan CSAM melalui pelbagai platform digital serta kumpulan dalam talian.

Jelasnya, siasatan juga menemukan aktiviti lebih kompleks termasuk penghasilan dan penjualan bahan berkenaan secara dalam talian, pentadbiran kumpulan dalam talian serta transaksi menggunakan e-dompet, mata wang kripto dan PayPal.

“Operasi itu turut merekodkan penghasilan sendiri bahan CSAM dalam bentuk animasi yang kemudiannya dijual secara dalam talian,”jelasnya.

Kumar menegaskan usaha membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak, khususnya melalui medium digital, akan terus diperkukuhkan menerusi risikan, penguatkuasaan, analisis forensik serta kerjasama dengan agensi domestik dan antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×