Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah rai ulang tahun perkahwinan ke-44

Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah rai ulang tahun perkahwinan ke-44

SULTAN Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-44 hari ini. - FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-44 hari ini.

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka, Sultan Ibrahim menitipkan ucapan ringkas menerusi hantaran di media sosial.

“Selamat ulang tahun perkahwinan ke-44,” titah Seri Paduka.

Pasangan diraja itu mendirikan rumah tangga pada 22 September 1982 dalam satu istiadat gilang-gemilang di Johor Bahru, Johor.

Hasil perkahwinan itu, baginda berdua dikurniakan enam cahaya mata iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Idris Iskandar, Allahyarham Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×