Krisis Negeri Sembilan: PM bincang dengan Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan: PM bincang dengan Tuanku Muhriz

KENDERAAN dipercayai Anwar Ibrahim tiba di Istana Negeri Sembilan di Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 6 petang semalam bagi menghadap Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan perkembangan berhubung kedudukan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMKN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, dipercayai bagi membincangkan isu berkaitan takhta negeri itu.

Anwar tiba di istana tersebut pada pukul 6 petang sebelum pertemuan bersama Tuanku Muhriz yang berlangsung kira-kira sejam.

Beliau kemudian dilihat meninggalkan Istana Negeri Sembilan kira-kira pukul 7 malam.

Pertemuan itu dipercayai berlangsung susulan perkembangan terbaharu membabitkan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung hasil pertemuan tersebut.

Kelmarin, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

Bagaimanapun semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengesahkan kesemua 10 Ahli MMKN Negeri Sembilan itu masih sah untuk terus menjalankan tugas dan tiada keperluan mengemukakan senarai pelantikan yang baharu.

Beliau berkata, perkara itu berdasarkan tafsiran perundangan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, khususnya berkaitan kuasa eksekutif dan kedudukan Exco. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×