Najib belum lunas denda RM50 juta 

Najib belum lunas denda RM50 juta 

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bayaran denda sebanyak RM50 juta yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum beliau dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah secara bersyarat, masih belum dilunaskan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan, bayaran perlu dilangsaikan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana kes bermula dan dibicarakan di sana.

“Setakat ini, keluarga Datuk Seri Najib belum membayar denda. Selepas pembayaran dibuat, saya tidak boleh jangka secara tepat bila Datuk Seri Najib akan dibawa pulang ke rumah, mungkin ambil sedikit masa,” katanya.

Tambah beliau, prosedur operasi standard (SOP) tahanan rumah ke atas Najib akan Jabatan Penjara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Utusan Malaysia dimaklumkan, proses tahanan rumah membabitkan bekas menteri itu bukan pada hari ini.  

Tinjauan di pekarangan Penjara Kajang juga mendapati tiada pergerakan membabitkan individu kenamaan. 

Jumaat lalu, Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×