Benda sudah lama tapi nafkah atas tangan langsung tidak ada - Abby Abadi - Utusan Malaysia

Benda sudah lama tapi nafkah atas tangan langsung tidak ada – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya tidak pernah ganggu pun hidup dia. Tidak pernah minta tolong dan tidak pernah pinjam satu sen pun”

Demikian kata penyanyi, Abby Abadi atau Arbaiyah Abdul Manan, 49, yang tampil membalas komen yang mendakwa dia tidak senang melihat bekas suaminya, Norman Haiim, sambil menjelaskan isu yang dibangkitkannya adalah berkaitan tanggungjawab yang masih belum diselesaikan.

Menurut Abby, dia tidak pernah meminta pertolongan atau meminjam wang daripada bekas suaminya sepanjang tempoh mereka berpisah, malah dia turut mempersoalkan tentang nafkah yang belum dilunaskan itu.

“Benda dah lama, tapi duit hantaran pun baru dibayar. Nafkah atas tangan langsung tak ada. Kalau tak bagi nafkah tak apa ke? Kira cerai saja, selesai ya?

“Pasal nafkah kalau tak bagi, Allah cakap apa?” Katanya menerusi hantaran di Threads miliknya.

Terdahulu, seorang pengguna Threads mendakwa Abby bersikap seperti wanita lain yang tidak boleh melihat bekas suaminya hidup senang.

Untuk rekod, Abby dan Norman Hakim, pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 sebelum bercerai pada 2008 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×