Jangan tarik sokongan setiap kali bergaduh – Anwar

Jangan tarik sokongan setiap kali bergaduh – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika berucap merasmikan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia Kali Ke-41 di Melaka malam ini.-UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan perbezaan pandangan dan perselisihan politik menggugat usaha membina sebuah Malaysia yang bersatu.

Perdana Menteri berkata, budaya politik yang gemar bergaduh, menggunakan isu kaum dan menarik sokongan apabila berdepan tekanan, perlu dihentikan kerana hanya akan menjejaskan masa depan negara.

“Bila dah gaduh, semua tarik… Bila kesombongan, dia guna isu kaum. Bila terdesak, guna lagi isu kaum.

“Dalam politik kita bertolak ansur. Kita dalam Kerajaan Perpaduan, kita ada coalition. Jadi kita ada tolak ansur sedikit sebanyak. Hemdak buat perubahan semua, tak boleh.

“Tetapi ada hal yang tak boleh kompromi. Ini yang saya katakan Wa’ad Nasional ini,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia Kali Ke-41 di sini malam ini.

Anwar berkata, Malaysia kini berada pada tahap kritikal daripads segi sosial, budaya dan politik justeru semua pihak perlu kembali memberi keutamaan kepada kepentingan negara berbanding kepentingan kelompok.

Menurutnya, Malaysia perlu dilihat sebagai negara milik bersama semua kaum termasuk Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan serta masyarakat Sabah dan Sarawak.

“Kita harus ada keberanian untuk menyatakan enough is enough. Kita mahu negara ini, Malaysia, menjadi negara kita semua.

“Saya akan katakan dengan jelas, Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak, ini negara kita. Kita mesti pastikan kita terus bertahan sebagai sebuah negara untuk semua komuniti,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×