220 mangsa banjir kilat di Gua Musang berlindung di tiga PPS

220 mangsa banjir kilat di Gua Musang berlindung di tiga PPS

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani  (dua dari kiri) melawat rumah mangsa terjejas banjir kilat di RKT Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seramai 220 mangsa melibatkan 56 buah keluarga yang terjejas banjir kilat susulan hujan lebat, semalam dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, di sini.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Masjid Jeram Tekoh menempatkan 144 mangsa, Dewan Orang Ramai Zon 3 Jeram Tekoh melibatkab seramai 39 mangsa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh pula 37 mangsa. 

Satu lagi PPS iaitu Balai Raya Felda Chiku 6 turut dibuka namun belum menerima mangsa banjir.

Salah seorang mangsa, Siti Rahayu Samat, 46, berkata, dia pada mulanya hanya menyedari air mula memasuki bahagian dapur rumah sebelum parasnya meningkat dengan cepat.

Katanya, selepas melihat status WhatsApp penduduk di Taman Agropolitan Rantau Manis, dia bersama keluarganya mula bersiap sedia dan mengalihkan barangan ke tempat lebih tinggi.

“Saya meninjau bahagian dapur dan nampak air sudah mula naik. Dalam masa lebih kurang setengah jam, air sudah sampai ke tangga rumah dan terus naik hingga sehingga 0.3 meter.

“Kami terus alihkan kereta, motosikal dan barang ke tempat tinggi sebelum berpindah ke PPS kira-kira pukul 2 pagi,” katanya ketika ditemui di PPS SK Jeram Tekoh, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, kawasan yang terjejas antaranya Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, RKT Sungai Asap A dan B, Taman Agropolitan Rantau Manis, RKT Kesedar Jeram Tekoh, Kampung Limau Kasturi, Kampung Serian Batu 11 dan 12 serta Kampung Jelekang.

Katanya, hujan lebat  kira-kira 100 milimeter sekali gus menyebabkan kenaikan paras air berlaku drastik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×