Pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib selepas terima arahan rasmi

Pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib selepas terima arahan rasmi

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Penjara Malaysia bersedia melaksanakan sebarang arahan rasmi berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.

Namun sehingga kini jabatan itu memaklumkan, masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan tersebut sebelum sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan keputusan berkenaan dapat ditentukan.

Katanya, sebagai makluman, sebarang pemakluman dan dokumen rasmi berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan akan disampaikan melalui saluran rasmi yang sewajarnya sebelum dikemukakan kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk tindakan selanjutnya. 

“Jabatan Penjara Malaysia sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang arahan rasmi yang diterima daripada pihak berkuasa yang berkenaan, selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan penjara serta tata cara dan prosedur yang sedang berkuat kuasa. 

“Jabatan ini akan melaksanakan sebarang keputusan dan arahan yang diterima secara teratur, profesional dan berintegriti, selaras dengan peruntukan undang-undang serta ketetapan pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, Jabatan Penjara menyeru semua pihak supaya merujuk kepada sumber rasmi dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pelaksanaan keputusan berkenaan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya setakat ini belum menerima pemakluman rasmi berhubung keputusan berkenaan yang dibuat pada mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Jumaat lalu.

Katanya, surat berkenaan penting bagi menjelaskan butiran keputusan serta tindakan yang perlu dilaksanakan Jabatan Penjara mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurutnya, pemakluman rasmi itu lazimnya disampaikan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri sebelum Jabatan Penjara mengambil tindakan berdasarkan keputusan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×