Tidak mahu sukan ‘hyrox’ disalah anggap - Nadia Anuar - Utusan Malaysia

Tidak mahu sukan ‘hyrox’ disalah anggap – Nadia Anuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara, Nadia Anuar mengakui letih memberi penjelasan apabila muncul pihak yang mempersoalkan mengenai peraturan sukan Hyrox.

Katanya, dia bukan mahu menjadi paling arif mengenai sukan berkenaan, sebaliknya ingin menegaskan terdapat syarat dan peraturan mengenai Hyrox yang harus dipatuhi dan dihormati.

“Penatlah melayan orang yang back up (menyebelahi satu pihak) membuta tuli. Yang backup itu hyrox pun tak pernah, tapi sekurang-kurang hormati sukan itu.

“Peraturan diwujudkan bersebab. Kalau nak jadi ahli sukan, kita kena hormati and ikut peraturan. Kalau tak, pergi main congkak.

“Bila kita jelaskan peraturan sebenarnya begini dan begitu, terus kata kita ‘terpaling hyrox’.

“Ia bukan tentang menjadi terpaling apa pun. Saya cuma tidak mahu sukan ini disalah erti dan terus salahkan hyrox bila sebenarnya peraturan memang dah jelas,” ujarnya.

Kata Nadia, dia sebolehnya mahu mengalu-alukan lebih ramai penyertaan terhadap sukan tersebut tanpa mengabaikan peraturan yang telah ditetapkan.

“Kalau boleh, saya mahu lagi ramai orang sertai dan nikmati keseronokkan sukan ini.

“Memang setiap pertandingan ada baik dan buruknya, cuma bergantung kepada diri sendiri untuk hormati, fahami dan terima peraturan, atau pilih sukan yang sesuai dengan diri anda,” katanya lagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×