Yang bersuara akan disenarai hitam - Farah Ahmad - Utusan Malaysia

Yang bersuara akan disenarai hitam – Farah Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Farah Ahmad tidak menolak kewujudan segelintir pihak dalam industri drama dan perfilem yang tidak kedepan apabila diminta memberi sokongan mengenai soal bayaran royalti.

Farah, menerusi Thread memaklumkan golongan itu mengambil jalan selamat gara-gara khuatir kehilangan tawaran lakonan.

“Sudah berbuih adik (bercakap isu royalti). Bersuara pun segelintir orang dalam industri diam, tak menyokong, sokong senyap-senyap dari belakang sebab takut tak ada ‘job’.
“Paling tidak, yang bersuara kena senarai hitam,” katanya.

Farah berkata demikian sebagai reaksi terhadap komen seorang netizen yang mempersoalkan penggiat seni yang tidak bersuara soal royalti apabila persembahan lakonan mereka diulang tayang dalam televisyen.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×