Jerebu: Serian antara 16 kawasan catat IPU tidak sihat

Jerebu: Serian antara 16 kawasan catat IPU tidak sihat

SEJAK sekian lama isu jerebu rentas sempadan masih belum selesai dan menjadi perdebatan pelbagai pihak sehingga kini. – UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kualiti udara di seluruh negara tidak banyak berubah apabila sebanyak 16 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 5.30 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sarawak merekodkan tujuh kawasan dengan bacaan tidak sihat iaitu Serian (178), Kuching (173), Sri Aman (169), Samarahan (164), Sibu (156), Sarikei (152) dan Bintulu (115).

Di Johor pula, dua kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Larkin (158) dan Pasir Gudang (155).

Kuala Lumpur turut merekodkan dua kawasan pada tahap tidak sihat iaitu Cheras (151) dan Batu Muda (115).

Seri Manjung, Perak mencatatkan bacaan 159, manakala Shah Alam, Selangor merekodkan 153.

Putrajaya dengan bacaan 124, Nilai, Negeri Sembilan (116) dan Bukit Rambai, Melaka (102) turut berada pada tahap tidak sihat.

Sementara itu, sebanyak 40 kawasan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana, manakala 11 kawasan mencatatkan kualiti udara baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 pada tahap sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berada pada tahap berbahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×