Berwuduk tanpa membazir air
SOALAN
Bagaimanakah kita mengambil wuduk cara yang lebih afdal dengan penggunaan air tanpa membazir? Apakah ukurannya atau kuantiti air yang sesuai?
Lukman
Semenyih
Jawapan
Untuk mengambil wuduk cara tidak membazir maka pelajarilah fikh wuduk yang berpandukan sunah dan lakukan dengan yakin agar tidak wujud waswas sehingga mendatangkan pembaziran.
Golongan utama untuk sedekah
SOALAN
Siapakah golongan sesuai dan patut diutamakan untuk kita bersedekah? Adakah pihak masjid, surau atau anak beranak?
-Orang lama
Kangar
Jawapan
Golongan yang paling afdal menerima zakat adalah fuqara dan orang miskin. Ada pun masjid bukanlah dalam kalangan asnaf.
Waktu solat Duha
SOALAN
Bilakah waktunya paling afdal kita solat Duha? Adakah lepas habis syuruk atau menjelang Zuhur?
Kamaludin
Alor Gajah
Jawapan
Solat Duha bermula setelah berlalu 15 minit selepas terbit matahari dan yang paling afdal adalah ketika matahari naik dan panas cahayanya kiraan dalam 9 pagi hingga 11 pagi secara taqrib.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]UTUSAN











