Kaji semula elaun penjawat awam di kawasan terpencil di Sabah, Sarawak

Kaji semula elaun penjawat awam di kawasan terpencil di Sabah, Sarawak

AJULAHIN JAPIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sabah menyarankan kerajaan mengkaji semula kadar semua elaun pedalaman dan kesusahan diterima penjawat awam terutama petugas kesihatan di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak.

Pengerusinya, Ajulahin Japin berkata, kajian semula itu perlu mengambil kira cabaran geografi, tahap kesusahan serta kemudahan infrastruktur dihadapi petugas kesihatan di kawasan pedalaman.

“Ketidakseragaman kadar elaun antara kementerian serta pendekatan kadar tetap mengikut Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) perlu dinilai supaya ganjaran yang diberikan bersesuaian dengan keadaan sebenar di lapangan.

“Sabah dan Sarawak mempunyai geografi dan tahap kesusahan yang berbeza daripada Semenanjung.

“Setengah kawasan yang dahulunya dianggap pedalaman di Semenanjung, kini berkembang menjadi pekan kecil dengan kemudahan asas dan akses jalan lebih baik.

“Banyak kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak masih berdepan cabaran hampir sama seperti 10 atau 20 tahun lalu, termasuk jalan sukar, jarak jauh, kemudahan terhad serta kebergantungan kepada pengangkutan udara dan bot,” katanya.

Mengulas elaun penerbangan RM30 yang diterima petugas kesihatan menggunakan pengangkutan udara, Ajulahin berkata, aspek keselamatan penerbangan mesti menjadi keutamaan.

Menurut beliau, sebarang kenaikan elaun perlu dilihat sebagai pengiktirafan terhadap pengorbanan petugas kesihatan menggunakan pengangkutan udara untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan pedalaman.

Katanya, keperluan kerajaan memastikan setiap pesawat digunakan untuk membawa petugas kesihatan ke kawasan pedalaman berada dalam keadaan selamat, layak terbang dan diselenggara mengikut piawaian ditetapkan.

Ajulahin berkata, pesawat sudah berusia, keadaan teknikal, rekod penyelenggaraan dan kelayakan untuk terus beroperasi perlu dinilai dengan serius.

Katanya, nyawa dan keselamatan petugas kesihatan tidak boleh dikompromi atas alasan kos atau kekangan logistik.

Sehubungan itu, beliau berkata, CUEPACS Sabah berpandangan kadar elaun tidak seharusnya diseragamkan tanpa mengambil kira keadaan sebenar di kawasan penempatan petugas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×