Shiha Zikir labur RM500,000 demi album - Utusan Malaysia

Shiha Zikir labur RM500,000 demi album

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan main-main nampaknya perancangan penyanyi Shiha Zikir untuk terus mewarnai persada seni tanah air.

Dengar cerita, Shiha khabarnya sedang berbelanja sakan bagi memastikan album terbaharunya yang dijangka diterbitkan menjelang hujung tahun ini benar-benar tampil dengan kualiti terbaik.

Malah, ada teman Cik Bunga yang memaklumkan, kos keseluruhan untuk menghasilkan album berkenaan dikatakan boleh mencecah RM500,000. Wah, banyak juga itu!

Namun, Cik Bunga difahamkan, jumlah berkenaan bukanlah sekadar untuk menghasilkan lagu semata-mata.

Sebaliknya, album yang dikatakan bakal menampilkan 10 buah lagu itu juga ada keistimewaannya. Dengarnya kesemua lagu tersebut akan disertakan dengan muzik video masing-masing.

Kalau betul seperti yang disampaikan kepada Cik Bunga, memang boleh dikatakan Shiha ini bukan jenis berkira-kira apabila membabitkan soal kerjaya seni. Memang ‘all out’ kali ini.

Maklumlah, dalam industri muzik yang semakin kompetitif ini, bukan mudah untuk kekal relevan. Jadi, mungkin Shiha melihat pelaburan besar itu sebagai satu usaha untuk menghasilkan karya yang bukan sahaja sedap didengar, malah mempunyai visual dan identiti tersendiri.

Cik Bunga pun kagum juga dengan semangat Shiha. Daripada sekadar menghasilkan album, nampaknya dia mahu memberikan sesuatu yang lebih lengkap kepada peminat.
10 lagu, 10 muzik video? Kalau benar semuanya menjadi kenyataan, memang boleh tahan gah projek ini!

Cuma Cik Bunga tertanya-tanya juga, apakah konsep istimewa yang bakal dibawa Shiha menerusi album berkenaan? Adakah semua lagu mempunyai kesinambungan cerita atau setiap muzik video tampil dengan jalan cerita berbeza?

Apa-apa pun, Cik Bunga doakan segala perancangan Shiha dipermudahkan. Kalau benar pelaburan yang dibuat sebesar itu, pastinya dia juga mengharapkan hasil yang setimpal.
Biasalah, orang kata biar berhabis demi kualiti. Yang penting, bukan sahaja duit yang dilaburkan, tetapi usaha, masa dan kreativiti pun harus seiring. Kita tunggu dan lihat!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×