Djibouti rayu bantuan antarabangsa hadapi kemasukan ribuan pelarian Yemen

Djibouti rayu bantuan antarabangsa hadapi kemasukan ribuan pelarian Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DJIBOUTI CITY: Menteri Dalam Negeri Djibouti, Omar Abdi Said menggesa masyarakat antarabangsa segera menggerakkan sumber kewangan bagi membantu negara itu menangani peningkatan kemasukan pelarian dari Yemen.

Beliau memberi amaran jumlah pendatang yang tiba boleh mencecah 10,000 orang dalam beberapa minggu akan datang.

Katanya, negara kecil di Afrika Timur itu menerima 2,512 orang sejak 10 September, sambil menegaskan skala krisis dan kadar peningkatannya sudah melebihi kemampuan sumber yang tersedia.

“Kerajaan Djibouti, dengan kerjasama pihak berkepentingan berkaitan, telah menyediakan pusat penerimaan sementara yang selamat untuk mereka yang tiba, namun berdepan tekanan yang semakin meningkat susulan kemerosotan pembiayaan antarabangsa,” katanya dipetik Al Jazeera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×