Buat saringan awal anak hadapi masalah pembelajaran

Buat saringan awal anak hadapi masalah pembelajaran

FADHLINA Sidek (tengah) menyampaikan kelengkapan sekolah kepada murid ketika hadir ke Program Tindak Susul Parlimen Siri 3 di Sekolah Kebangsaan Gua Musang, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Golongan ibu bapa digalakkan membawa anak yang menunjukkan kelewatan perkembangan atau berdepan masalah pembelajaran untuk menjalani saringan awal bagi memastikan mereka mendapat sokongan sewajarnya.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, saringan awal penting bagi mengesan masalah seperti autistik, gangguan spektrum autisme termasuk gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) pada peringkat awal.

Katanya, program saringan berkenaan dilaksanakan bersama pakar termasuk ahli psikologi dan terapi bagi menilai perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

“Kita hadir ke sekolah untuk melihat persiapan intervensi yang kementerian lakukan bagi mengesan lebih awal anak-anak yang berhadapan dengan masalah pembelajaran seperti autistik, spektrum, ADHD dan lain-lain dapat dikesan melalui program saringan. 

“Kita memang sangat menggalakkan ibu bapa yang dalam bahasa mudahnya ‘rasa tak sedap hati’ apabila melihat perkembangan anak mereka mungkin sedikit lambat atau berhadapan masalah pembelajaran untuk datang ke kementerian bagi mendapatkan pengesanan,” katanya selepas Program Tindak Susul Parlimen Siri 3 di Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang, di sini hari ini. 

Fadhlina berkata, khidmat saringan berkenaan disediakan secara percuma oleh kerajaan kepada ibu bapa yang berasakan perkembangan anak mereka sedikit lambat atau menghadapi kesukaran dalam pembelajaran.

Katanya, peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan anak-anak mendapat sokongan yang diperlukan sepanjang proses pembelajaran.

“Ibu bapa perlu mengambil peranan dan khidmat ini disediakan secara percuma oleh kerajaan. Jadi, kita jemput semua ibu bapa untuk sama-sama melaksanakan saringan ini supaya anak-anak kita terus diberikan sokongan. 

“Lawatan kemeterian ke Gua Musang turut mendapat bekerjasama rakan-rakan strategik untuk terus memberi sokongan kepada sekolah dan murid termasuk melalui intervensi awal,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×