JPJ lancar nombor pendaftaran khas siri H sempena Hari Malaysia

JPJ lancar nombor pendaftaran khas siri H sempena Hari Malaysia

AEDY Fadly Ramli (tengah) menujukkan nombor pendaftaran baru sempena Hari Malaysia pada Majlis Interaksi Bersama Media Sempena Hari Malaysia di Presint Merdeka 118.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri H sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, orang ramai boleh membuat bidaan bagi nombor pendaftaran H1 hingga H9999 menerusi aplikasi JPJeBid bermula Rabu ini hingga 20 September.

Menurutny, keputusan bidaan bagi siri berkenaan akan diumumkan pada 21 September.

“Siri H itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana melambangkan keharmonian sempena sambutan Hari Malaysia, selain menjadi siri huruf tunggal terakhir yang ditawarkan JPJ.

“Nombor ini sangat istimewa kerana ‘harmoni’ negara ini dan orang ramai digesa mengambil peluang untuk mendapatkan nombor ini kerana selepas ini tiada lagi huruf tunggal akan ditawarkan oleh JPJ,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran NPI sempena Hari Malaysia 2026 di Menara 118, semalam.

Aedy Fadly berkata, huruf H bagi siri NPI itu berbeza dengan huruf pendaftaran teksi yang turut menggunakan huruf sama kerana pendaftaran teksi perlu diiringi huruf pendaftaran negeri.

“Sebagai contoh, teksi di Perak didaftarkan dengan huruf HA, dengan A merupakan huruf pendaftaran negeri berkenaan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×