Kotak disyaki bahan radioaktif di Sri Petaling rupanya blok binaan

Kotak disyaki bahan radioaktif di Sri Petaling rupanya blok binaan

SEBUAH kotak plastik yang disyaki mengandungi bahan radioaktif terpaksa dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) selepas ditemui mencurigakan di hadapan sebuah kedai di Sri Petaling tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kotak plastik yang disyaki mengandungi bahan radioaktif terpaksa dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) selepas ditemui mencurigakan di hadapan sebuah kedai di Sri Petaling, di sini, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut Jabatan Tenaga Atom mendapati tiada bacaan radioaktif dikesan di lokasi kejadian.

Pemeriksaan selepas objek berkenaan dimusnahkan turut menemukan beberapa kotak yang disyaki mengandungi blok binaan berwarna-warni seperti Lego.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kotak berkenaan pada pukul 12.57 tengah hari daripada seorang wanita berusia 33 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati objek yang ditemui mengandungi bahan radioaktif berdasarkan bacaan radiasi yang agak tinggi dikesan di kawasan terlibat.

Katanya, UPB Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Unit CBRE (Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan) Bukit Aman serta Agensi Nuklear Malaysia kemudian hadir ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan penilaian lanjut.

“UPB kemudiannya menggunakan Recoilless Disruptor 5.0 bagi memusnahkan objek yang disyaki tersebut.

“Hasil tindakan mendapati terdapat beberapa kotak yang disyaki mengandungi barangan berbentuk blok binaan berwarna-warni seperti Lego di dalam kotak berkenaan yang berjaya dimusnahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Tenaga Atom bagaimanapun mengesahkan tiada bacaan radioaktif dikesan di lokasi kejadian.

Katanya, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan kes masih dalam siasatan.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh mendatangkan kegusaran dan ancaman kepada orang ramai.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222,” katanya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×