Gunung Berapi Semeru meletus tiga kali, hambur abu setinggi 1,000 meter - Utusan Malaysia

Gunung Berapi Semeru meletus tiga kali, hambur abu setinggi 1,000 meter

GUNUNG Semeru meletus tiga kali pada waktu pagi di Jawa Timur. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Berapi Semeru setinggi 3,676 meter di Jawa Timur kembali meletus pada pagi Isnin dengan tiga letusan dikesan sejak awal pagi menyebabkan orang ramai diminta menjauhi beberapa kawasan di sekitarnya.

Gunung itu pertama kali meletus pada pukul 4.20 pagi waktu Indonesia Barat (WIB), dengan ketinggian kolum letusan dianggarkan sekitar 500 meter dari puncak atau 4,176 meter dari aras laut.

Letusan kembali berlaku pada pukul 5.58 pagi WIB dengan letusan abu yang sama seperti letusan pertama.

Namun, letusan lebih kuat berlaku pada pukul 6.28 pagi WIB dengan ketinggian kolum abu mencecah kira-kira 1,000 meter.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) melaporkan kolum abu akibat letusan berwarna kelabu, tebal dan condong ke arah timur.

Aktiviti gunung berapi Gunung Semeru kini berada pada status Tahap III atau Siaga. 

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di luar rumah, khususnya di kawasan sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan sehingga 13 kilometer dari puncak yang menjadi pusat letusan.

“Jangan melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah atau puncak Gunung Semeru kerana kawasan itu berisiko dilanda lontaran batu,” kata PVMBG. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×