26 tahun tanpa Papa, saya masih anak yang kuat - Fazura - Utusan Malaysia

26 tahun tanpa Papa, saya masih anak yang kuat – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura, mencuri perhatian apabila membuat naik perkongsian sempena memperingati pemergian bapanya, Sharifuddin Adnan yang telah meninggal dunia 26 tahun lalu.

Menerusi perkongsian tersebut, Fazura menyifatkan dirinya menjadi seorang figura yang kuat hasil didikan arwah bapanya.

“Al-Fatihah. 26 tahun tanpa Papa.

“Jangan bimbang, saya masih lagi anak perempuan papa yang kuat. Segala sifat baik dan ketabahan Papa akan sentiasa hidup dalam diri saya.

“Saya merindui dan menyayangi Papa setiap hari, sehingga kita bertemu kembali,” katanya.

Perkongsian itu turut disertai beberapa tanda pagar termasuk #14September, #Iloveyou dan #Imissyou.

Lebih menyentuh perasaan, Fazura turut berkongsi gambar yang dirakam sendiri oleh arwah bapanya.

“Gambar diambil Papa,” tulisnya sebagai keterangan pada foto berkenaan.

Terdahulu, bapa Fazura meninggal dunia pada 2000, ketika penyanyi itu berusia 17 tahun.

Sejak itu, empat orang adik-beradik dibesarkan oleh ibunya, Fadhillah, sendirian. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×