Lovely Sabana akhirnya mendaftar di UPSI

Lovely Sabana akhirnya mendaftar di UPSI

LOVELY SABANA (tengah, depan sekali, baju kuning) di UPSI, Tanjung Malim hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Lovely Sabana Augustine, 20, pelajar baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendapat perhatian pelbagai pihak sebelum ini kerana masalah kewangan, akhirnya mendaftar di universiti pendidikan tersebut.

Lovely yang mencatat keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 di Sekolah Menengah Kebangsaan Cabang Empat, Tumpat, Kelantan ditemani ibunya, Mek Kenui Eh Puang, 56, seorang pekerja pembersihan, bersama ahli keluarga yang lain.

“Saya berasa gembira dan berharap dapat belajar bersungguh-sungguh demi mengejar cita-cita sebagai seorang pendidik pada suatu hari nanti demi mengubah hidup keluarga.

“Saya mendapat panggilan dua temu duga untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral, namun rezeki berjaya ditawarkan untuk pengajian Pendidikan Moral,” katanya di sini hari ini.

Anak keempat daripada empat beradik itu, dia terharu kerana diterima menyambung pengajian di UPSI.

“Saya terima dengan hati terbuka dan berazam menunaikan harapan keluarga kerana merupakan anak pertama dalam keluarga yang berjaya melangkah ke universiti.

“Terima kasih kepada semua pihak atas sumbangan yang diberikan kepada saya. Semoga kebaikan anda dibalas dengan keberkatan,” katanya.

Mendiang bapanya, Augustine Sandalun seorang anggota tentera di Kem Lok Kawi, Sabah berketurunan Kadazan berasal dari Papar, Sabah meninggal dunia pada 10 November 2017 kerana serangan angin ahmar ketika umur Lovely 11 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×