Nahas helikopter: Jenazah Dr. Ainul tiba di Pengkalan Chepa

Nahas helikopter: Jenazah Dr. Ainul tiba di Pengkalan Chepa

DZULKEFLY Ahmad (kanan) mengusung jenazah Allahyarham Dr. Ainul Baraah Kamarudin sejurus selepas  tiba di Masjid Al-Karomah Baung, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jenazah pegawai perubatan, Dr. Ainul Baraah Kamarudin, 33, yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Miri, Sarawak  tiba di Masjid Al-Karomah Mukim Baung,  Besar, Pengkalan Chepa di sini untuk disolatkan sekali lagi.

Van yang membawa jenazah pegawai perubatan itu tiba pada pukul 11.53 pagi dengan diiringi kenderaan polis pengiring dan kemudian disambut oleh saudara-mara serta kenalan termasuk penduduk setempat.

Turut mengiringi jenazah ialah suami Allahyarham Muhammad Faiz Abdul Malik serta ahli keluarga.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zohor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×