‘Kalau berani, bubar cepat’

‘Kalau berani, bubar cepat’

AHMAD Zahid Hamidi ketika ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kalau berani, bubarlah cepat.”

Itu cabaran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada pihak yang mahu UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan sambil menegaskan sebarang perubahan kerajaan perlu dikembalikan kepada mandat rakyat.

Menurutnya, jika UMNO diminta meninggalkan kerajaan, terdapat dua pilihan yang boleh dilakukan iaitu mendapatkan mandat baharu melalui Pilihan Raya Umum (PRU) atau mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

“Jika kita diminta keluar, logiknya asasnya 112 kerusi pun telah tiada. Jadi wajar mandat baharu mesti diperoleh

“Pilihan cuma ada dua, satu dapatkan semula mandat baharu dengan mengadakan PRU. Kedua, keluarkan kami secara rasmi dan buat undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

“Ada berani ke? Kalau berani buatlah cepat. Kalau berani bubarlah cepat,” katanya dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026, hari ini.

Ahmad Zahid turut menyelar pihak yang terus mendesak UMNO supaya meninggalkan Kerajaan Perpaduan sambil mengingatkan peranan parti itu dalam pembentukan kerajaan semasa.

“Ceplos, jangan minta kami keluar dari kerajaan. Mereka mencabar keluar daripada kerajaan kalau berani.

“Korang harus ingat wahai ceplos-ceplos, Kerajaan Perpaduan Malaysia ini jadi sebab UMNO. Perdana Menteri jadi Perdana Menteri sebab sokongan UMNO tau. Bila sudah ada 153, kau ingat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×