Jasad lima mangsa nahas helikopter diserah kepada waris hari ini

Jasad lima mangsa nahas helikopter diserah kepada waris hari ini

PASUKAN penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) berhampiran Lapangan Terbang Berlepas dan Mendarat Jarak Pendek Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak dalam usaha mengenal pasti mangsa.-BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesemua jasad lima mangsa helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak akan diserahkan kepada keluarga selewatnya pada hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kesemua mangsa sudah diperoleh. 

“Hari ini kita akan serahkan jasad mangsa. Setelah selesai dokumentasi, jasad akan diserahkan kepada keluarga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 

Katanya, analisa terhadap bangkai helikopter masih dilaksanakan Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan bagi mengetahui punca kejadian. 

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan hasil bedah siasat terhadap lima mangsa nahas helikopter BO-10 mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah akibat kecederaan melecur teruk susulan nahas helikopter.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×