Pelancong Jerman maut jatuh lubang ketika mendaki di Cameron Highlands

Pelancong Jerman maut jatuh lubang ketika mendaki di Cameron Highlands

ANGGOTA bomba dan penyelamat  mengeluarkan mangsa  di Jungle Trail 10, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki Jerman berusia 58 tahun maut selepas terjatuh ke dalam  lubang ketika melakukan aktiviti mendaki di Jungle Trail 10, Tanah Rata di sini, hari ini.

Hasselbusch Joerg dilaporkan terjatuh ke dalam lubang yang dipercayai merupakan bekas laluan air ketika menjalankan aktiviti mendaki bersama pasangannya, Hasselbusch Marina, 57.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa  tidak sedarkan diri dan anggota pasukan operasi membawanya turun ke kaki gunung sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengesahan.

”Pasangan mangsa yang turut melakukan aktiviti hiking bersamanya dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Salahuddin,  kejadian berkenaan bukan berpunca daripada tanah runtuh seperti maklumat awal yang diterima melalui talian kecemasan 999, sebaliknya mangsa terjatuh ke dalam lubang bekas laluan air. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×