Dakwaan tiada pegawai perubatan di Hospital Taiping tidak benar

Dakwaan tiada pegawai perubatan di Hospital Taiping tidak benar

Wong Kah Wong (dua dari kanan) bersama A.Sivanesan (dua dari kiri) membuat lawatan kerja ke Hospital Taiping hari ini.- Wat Kamal Abas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Dakwaan Hospital Taiping tidak mempunyai pegawai perubatan siswazah (housemen) sehingga menjejaskan kelancaran operasi hospital berkenaan adalah tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A. Sivanesan berkata, seramai 93 pegawai perubatan siswazah kini ditempatkan di hospital berkenaan.

Beliau berkata, jumlah itu membuktikan dakwaan bahawa Hospital Taiping tidak mempunyai langsung pegawai perubatan siswazah adalah tidak berasas.

“Untuk mengatakan tiada langsung pegawai perubatan siswazah ditempatkan di hospital ini adalah tidak benar sama sekali.

“Bagaimanapun, kita akui terdapat beberapa kekurangan lain dan perkara itu sedang diberi perhatian untuk diatasi pihak hospital,” katanya selepas mengadakan lawatan bersama Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh, di Hospital Taiping di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita kesihatan pada 7 September lalu mendakwa ketiadaan pegawai perubatan siswazah menyebabkan pegawai perubatan (MO) terpaksa mengambil alih tugas berkenaan selain melaksanakan tanggungjawab klinikal mereka.

Mengenai masalah kekurangan tempat letak kereta di hospital berkenaan, Sivanesan berkata, ia akan ditangani menerusi penstrukturan semula kawasan sedia ada dengan kerjasama pihak swasta dengan antara cadangan diberi perhatian ialah pembinaan tempat letak kereta mekanikal atau bertingkat bagi memaksimumkan penggunaan ruang tanah yang terhad.

Penambahbaikan itu turut membabitkan penyediaan papan tanda dan penandaan petak bagi membezakan kawasan parkir orang awam dengan kakitangan hospital.

Katanya, pengasingan itu penting bagi melancarkan pergerakan kenderaan serta mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pesakit, pelawat dan kakitangan hospital. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×