PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.
Dalam lawatan itu, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri India, Presiden Rusia, Presiden Iran dan Presiden Kazakhstan serta Perdana Menteri Ethiopia.
Pertemuan berkenaan dijangka memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala serta membincangkan isu dan kepentingan bersama antara Malaysia dengan negara-negara berkenaan.
“Saya dan delegasi Malaysia berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.
“Saya juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri India, Presiden Russia, Iran dan Kazakhstan selain Perdana Menteri Ethiopia.
Rencana saya di India turut merangkumi kunjungan ke Kerala untuk bertemu Mufti Besar India bagi bertukar pandangan mengenai pembangunan masyarakat, pendidikan dan hal ehwal agama,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.
Menurutnya, Anwar kemudian akan meneruskan perjalanan ke Male, Maldives bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Maldives, Dr. Mohamed Muizzu.
“Moga segala urusan dipermudah dan lawatan ini membawa manfaat nyata buat rakyat dan negara. Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN










