Ada memaki hamun, sentuh soal mak bapa saya – Eyra Rahman - Utusan Malaysia

Ada memaki hamun, sentuh soal mak bapa saya – Eyra Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDUSTRI masih lagi rancak membincangkan soal drama Madu Atau Racun yang mencipta sensasi dan kontroversi. Meskipun sudah diturunkan di platform media dalam talian iQIYI, netizen masih membahaskan tentangnya.

Jika diselak drama-drama sebelum ini, sebenarnya, elemen sonsang ini telah lama dipersembahkan seperti dalam naskhah, Dalam Botol, drama Lelaki Pendosa dan banyak lagi.
Cuma kali ini karya yang diarahkan Eyra Rahman ini menerima perhatian luar biasa masyarakat. Pancaindera mendapatkan Eyra untuk mengulas perkara ini.

Adakah Eyra tertekan dengan situasi yang melanda drama Madu Atau Racun?

Tipu kalau saya katakan saya tidak tertekan.Tetapi saya percaya, mungkin ada hikmah dan asbab kenapa perkara itu berlaku.
Bagaimanapun, saya terbuka menerima kritikan, dan saya okay.

Selepas ini adalah Eyra akan lebih berhati-hati?

Setiap karya, saya memang berjaga-jaga dan teliti mana yang boleh dan mana yang tidak.
Namun selepas ini saya akan berfikir dua tiga kali sebelum bersetuju untuk menghasilkan drama.
Tapi yang saya kesalkan apabila ada kenyataan berkaitan hal ini yang bukan daripada mulut saya sendiri. Cakap salah, tidak cakap pun salah.

Adakah timbul rasa kesal apabila hanya disebabkan isu yang didakwa hubungan songsang itu membakar seluruh naskhahnya?

Sebenarnya Madu Atau Racun adalah cerita yang sangat bagus. Namun malangnya, perkara yang kecil itu diperbesarkan. Itu sahaja isunya dalam cerita ini.
Pengakhirannya sangat bagus, cuma orang tidak melihat itu. Pepatah Inggeris mengatakan, don’t judge a book by its cover.
Babak-babak seperti itu sebenarnya sudah ada dalam drama-drama saya sebelum ini antaranya Demi Tuhan Aku Bersaksi dan Lelaki Pendosa.
Apa yang dipaparkan itu sama sahaja. Mungkin ketika ini ia terlalu diperkatakan.

Apa komen netizen yang tidak sepatutnya ditujukan kepada Eyra?

Terlampau banyak (komen negatif). Maki hamun saya semua ada menerusi mesej di media sosial. Menyentuh soal mak ayah saya. Ada juga memperkotak katikkan soal maruah saya. Macam-macam lagi.
Tapi Alhamdulillah, Insya-Allah, Allah ada bersama orang yang teraniaya.

Mungkinkah pemilihan pelakon yang kontroversi juga menyumbang kepada situasi ini berlaku?

Saya tidak boleh kawal cita rasa penonton yang penting saya suka dengan pemilihan barisan pelakon dalam drama ini.
Alif Aziz, Uqasha Senrose dan Elisya Sandha, mereka ini pelakon yang sangat bagus dan sepatutnya diberi peluang.
Sebagai manusia, tidak semestinya kita jahat selama-lamanya. Adakalanya, yang baik dan warak belum tentu masuk syurga. Bagi yang bertaubat dan berubah, mungkin pengakhirannya ke syurga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×