Lima pasangan Thailand terselamat daripada perpisahan - Utusan Malaysia

Lima pasangan Thailand terselamat daripada perpisahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Agak meletihkan mendengar deretan cerita curang atau putus cinta berlegar baik di media sosial sampailah kepada dunia selebriti.

Bagaimanapun, beberapa pasangan popular Thailand ini bukan sahaja menunjukkan bahawa ada perhubungan yang berkekalan ke gerbang perkahwinan, malah turut memberi harapan kepada orang ramai untuk terus mempercayai cinta.
Tidak mudah mempertahankan perhubungan apa lagi bergelar artis yang selalu menjadi sorotan orang ramai.

Bercinta orang tahu, gaduh pun dapat dihidu. Bagaimanapun, berikut adalah selebriti yang memilih hidup bersama sehingga bergelar suami isteri.

Anne Thongprasom & A Tinna

Pelakon serta penerbit terkenal, Anne Thongprasom dan pasangannya A Tinna lain pula ceritanya. Masing-masing sudah kenal dan bercinta lama sehingga 20 tahun. Menariknya, mereka berdua belum rasa akan melangkah ke alam perkahwinan dan selesa menjalani perhubungan seperti sedia ada. Bagaimanapun, sehingga hari ini pasangan itu dihormati dan menjadi inspirasi pasangan dalam industri hiburan Thailand.

Kob Suvanant & Brook Danuporn
Pasangan veteran ini masih kekal romantis walaupun sudah lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga. Kob Suvanant Kongying dan Brook Danuporn Punnakanta sering menjadi perhatian kerana berjaya mengimbangi kerjaya serta kehidupan berkeluarga. Kalau dilihat di video Youtube, mereka aktif berkongsi aktiviti bersama anak-anak di media sosial sehingga mendapat pujian peminat.

Ken Theeradeth & Noi Bussakorn

Sebelum berkahwin, lama juga Ken Theeradeth Wongpuapan dan Noi Bussakorn bercinta kira-kira tujuh tahun. Masing-masing pada ketika itu juga sudah bergelar artis papan atas di sana. Mereka kemudian mendirikan rumah tangga pada 2007 dan menjalani hidup lebih sederhana tanpa mahu mengejar publisiti. Kini, pasangan itu sudah pun mempunyai dua cahaya mata lelaki.

Mick Boromwuti & Benz Pornchita

Mick Boromwuti Hiranyatithi dan pelakon Benz Pornchita Na Songkhla turut tersenarai antara pasangan selebriti yang berjaya mengekalkan perkahwinan. Mereka mula menjalin hubungan pada awal 2000-an sebelum mendirikan rumah tangga pada 2004. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata dan sering berkongsi momen kehidupan berkeluarga menerusi media sosial serta rancangan televisyen. Mick pernah berkata, kunci keluarga yang harmoni adalah komunikasi dan meluangkan masa bersama-sama.

Nadech Kugimiya & Yaya Urassaya

Jika anda orang yang selalu menyemak media sosial, sudah tentu nama pasangan ini bukanlah asing di ‘timeline’ Threads anda kerana disebut sebagai perkahwinan paling ikonik di Thailand tahun ini. Pasangan artis popular ini sudah pun bercinta sejak 2010 sebab digandingkan dalam beberapa drama bersama. Nadech akhirnya melamar Yaya di Pantai Amalfi, Itali pada 2023 sebelum pasangan itu berkahwin pada April 2026.

Majlis perkahwinan mereka menjadi antara acara hiburan terbesar tahun ini di Thailand sebelum diraikan sekali lagi di Norway. Lisa Blackpink juga hadir memeriahkan majlis tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×