Ucapan Zahid isyarat ‘perang’ - Veteran UMNO

Ucapan Zahid isyarat ‘perang’ – Veteran UMNO

MUSTAPHA Yaakub ketika ditemui selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hari ini disifatkan sebagai isyarat jelas untuk berdepan dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta usaha menawan semula Putrajaya.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, segala keresahan dan kebimbangan yang selama ini dirasai ahli UMNO diluahkan Zahid menerusi ucapan berkenaan.

“Memang. Apa yang telah diluahkan setelah lapan tahun dia tunggu, hari ini dia luahkan segala-galanya. Dan luahan itu luahan ‘perang’.

“Kita bersedia untuk berdepan dengan apa saja kebarangkalian dan kemungkinan yang akan berlaku. Dan kalau itulah isyarat yang diberi oleh Presiden dalam ucapan dasar tadi, kita boleh bayangkan  pembahas-pembahas pada petang ini akan lebih memanaskan lagi.

“Bukan sahaja ‘perang’ dengan kerajaan yang ada sekarang, khususnya Anwar, kita juga bercita-cita untuk menawan balik Putrajaya,” katanya kepada media selepas Ucapan Dasar Presiden pada PAU, hari ini.

Mengulas hubungan Zahid dan Anwar, Mustapha berkata, perbezaan pendirian antara kedua-dua pemimpin itu kini tidak lagi boleh disembunyikan walaupun masih berada dalam kerajaan yang sama.

“Tidak boleh disembunyikan lagi. Sahih! Sah! Tak ada benda nak sembunyi lagi. Cuma kedudukan sekarang, oleh kerana kedua-duanya berada dalam satu kerajaan, maka terpaksalah bermuka-muka. Tapi hakikatnya tidak lagi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×