Tiga lelaki ditahan, kabel TNB RM50,000 dirampas

Tiga lelaki ditahan, kabel TNB RM50,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sekitar Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek itu dibuat pada pukul 7 pagi susulan laporan polis dibuat TNB pada pukul 4.39 pagi hari yang sama.

Katanya, dalam tangkapan itu, turut dirampas 43 batang kabel jenis ABC 3 X 150MMP yang tertera tulisan TNB dengan anggaran panjang kira-kira 1,000 meter.

“Kabel berkenaan yang dipercayai telah dipotong ditemukan di dalam sebuah lori milik salah seorang suspek dengan nilai kerugian dianggarkan kira-kira RM50,000.

“Ketiga-tiga suspek kini direman selama empat hari bermula semalam hingga 13 September ini bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222, talian hotline WhatsApp 017-682 8005 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×