PKR perlu perkukuh kerajaan, dekati rakyat

PKR perlu perkukuh kerajaan, dekati rakyat

ANWAR Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, semalam.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: PKR perlu terus memperkukuh pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan dasar yang dilaksanakan memberi manfaat nyata kepada rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu juga mesti bergerak dengan kekuatan seluruh anggota, merapatkan saf dan merangkul sokongan semua lapisan masyarakat agar PKR kekal dekat dengan denyut nadi serta aspirasi rakyat.

Anwar turut menegaskan bahawa PKR Sabah akan terus menjadi kekuatan utama yang membawa suara rakyat serta menjayakan agenda perubahan dan reformasi di negara ini.

“Pada masa sama, persiapan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang mesti diperkemas dari sekarang dengan kesatuan dan tekad yang jelas,” katanya dalam perkongsian di laman Facebook malam ini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan singkat bersama dengan Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah di sini bagi membincangkan pelbagai isu semasa dan kepentingan kesejahteraan masyarakat di Negeri Di Bawah Bayu.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×