Warga emas ditemukan rentung di Kota Bharu

Warga emas ditemukan rentung di Kota Bharu

ANGGOTA bomba berusa mengawal kebakaran yang meragut nyawa seorang lelaki di Pasar Gok Kapor, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas rumahnya di Pasar Gok Kapor, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini terbakar sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 8.40 malam itu, mangsa yang maut berusia 66 tahun dipercayai terperangkap di dalam bilik air.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ridzuan Baharudin berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.43 malam dan seramai 35 anggota termasuk pegawai telah ke lokasi.

Katanya, setiba di lokasi bomba mendapati rumah dua tingkat jenis kekal itu sudah 95 peratus musnah.

“Maklumat awal yang diterima, seorang lelaki berbangsa Cina dikatakan telah terperangkap dna meninggal dunia di dalam bilik air,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Ridzuan memberitahu, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×